Sore Throat and Cough ? A Disaster !, ( also a reason why you should try this entry info ) lol


Ramai yang mengadap laptop di tengah malam dan mengantuk , bukak pulak blog aku yang boring dan boleh menyebabkan tertidur ni tertanya tanya kenapa aku buat entry ni . Salah satu sebab adalah , aku sendiri batuk *bukan sakit tekak :P Selain kesian tengok kawan aku Elly ni , sakit tekak Coincidentally jerebu pulak at her place , so memang bahaya jugak la , Elly , cepat jumpa dokotor tau ;) haha , gila aku ni .
Okeh , ni ada beberapa suggestion untuk korang hilangkan ketidakselesaan tu . Aku memang tak boleh telan strepsil sebab strepsil tu menipu , bukannya elok pun tekak ni *aku mengaku , aku selalu beli strepsil setiap kali sakit tekak dan berharap agar tekak aku baik , selain strepsil , aku beli dequidin , woods and bermacam lagilah , sampai yang berharga 30 ke atas pun ada -_- wtf

Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin. Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap , jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekakuntuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.
Selain tu , korang boleh gak cuba 4 cara cara ni , 

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.


2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.