Okeh , tajuk kat atas memang gempak , haha , Ini adalah pengalaman benar aku pada tarikh 30 . Ogos . 2013 . ....
Masuk kelas , bukak buku baca sebab tau kejap lagi ada exam *ohsemm* punyalah baca sakan buku tuh ! Pening kepala otak aku mengafal formula Sn ... Okeh , Paper no. 1 Math , Okeh , konfident boleh jawab , Then cikgu bagi kertas , aku bukak ...
Bukak :Nampak soalan macam lain macam , try baca , Luas padang ialah 40m lebar dan 60m panjang. Tali yang diikat di leher lembu berukuran sepanjang 14cm. Berapa cm kah lembu itu boleh jalan dekat padang tuh? Ni soalan apa ? AAAAAAhhh , aku bukannya lembu tu ok, mana aku tau , hahahaha *gelak jahat* . Pastu dia tanya antara botol A yang harga 3.90 yg boleh isi air sebanyak 150 ml air dan botol air berharga 9.00 dan boleh isi air sebanyak 500ml , mana satu akan dipilih orang tu . Ini lagilah mengarut. KAU TANYA AKU BUAT APA KAU TANYALAH ORANG NAK BELI TU . kalau dia nak beli yang 3.90 belilah , kalau dia nak beli botol 9.00 belilah apa aku kesah , dan kenapa kau perlu kesah need explanation please! Aku rasa macam , ni soalan ke penyeksaan , aku ingatkan dapatlah merasa jawab ujian biasa seblum hari raya *selamat hari raya* Oh , hancur harapan , punah impian !
Then , Sn pulak macam mana la kan , aku pun cepat cepat , meggelabah cari buku sains . But , Ohhsemmm! Satu apa pun tak masuk kau ! Haa! Kesian otak aku terpaksa menolak masuk maklumat yg tidak diperlukan sehingga aku jadi gila sekejap .! Sains tu , tanya soalan formula kimia la , Kenapa dinousor tak dapat diklonkanlah , macamana nak klon kambing burdox la , eh , kalau nak tanya soalan tu tunggu aku jadi saintis dulu *tu pun kalau aku nak* okeh , then aku rasa Babai semua , babai keyakinan nak berjaya dalam peperiksaan ni , aku rasa paling tinggi budak kelas aku dapat pun maybe dalam 5% . sadis x hidup kami sebagai mangsa PBS . hahaha
NOTA KAKI :Ahmad ada seekor lembu betina dan 5 ekor lembu jantan , Kira berat datuk ahmad ?
.jpg)