Sore Throat and Cough ? A Disaster !, ( also a reason why you should try this entry info ) lol


Ramai yang mengadap laptop di tengah malam dan mengantuk , bukak pulak blog aku yang boring dan boleh menyebabkan tertidur ni tertanya tanya kenapa aku buat entry ni . Salah satu sebab adalah , aku sendiri batuk *bukan sakit tekak :P Selain kesian tengok kawan aku Elly ni , sakit tekak Coincidentally jerebu pulak at her place , so memang bahaya jugak la , Elly , cepat jumpa dokotor tau ;) haha , gila aku ni .
Okeh , ni ada beberapa suggestion untuk korang hilangkan ketidakselesaan tu . Aku memang tak boleh telan strepsil sebab strepsil tu menipu , bukannya elok pun tekak ni *aku mengaku , aku selalu beli strepsil setiap kali sakit tekak dan berharap agar tekak aku baik , selain strepsil , aku beli dequidin , woods and bermacam lagilah , sampai yang berharga 30 ke atas pun ada -_- wtf

Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap masin. Minum tiga kali seminggu sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan dan beransur pulih.
Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap , jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekakuntuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air sangat penting dalam tubuh badan kita.
Selain tu , korang boleh gak cuba 4 cara cara ni , 

1) Air limau + Madu – Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.


2) Asam Jawa – Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

3) Kumur Dengan Air Garam – Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

4) Jus Timun – Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.

Music Is A Part Of My Life ;)

Don't you see , ahh nevermind


Memang kalau korang teengok gambar kat atas tu memang takda kene mengena ngan Ombak Rindu pun , Tajuk lagilah , cuma sesaje je nak nyayi lagu tu . wtf .

 Haha , sebenarnya aku tengah pening kepala . Fikirkan pasal sekolah esok  . Dengan kerja Geografi yang tak siap , konfem esok aku kene bebel ngan Cikgu , haha

 Malam nih aku akan berjaga , untuk buat Homework ngan Tengok TV . LOL

Baru nak masuk tajuk . Jeng jeng jeng . Tajuk pun pasal Music kan ? hari ni aku nak ceritakan Music yang aku suka , lol , motif ? haha

Kalau kau tanya aku minat music barat ke indon ke malaysia ke ? jangan susah susah nak tanya , aku suka music barat . Kalau yang fikiran sentiasa gila tu , mesti ckp aku ni jenis lupa asal usul la , apa la , ini la , itu la , sorry tak semstinya bende cenggitu boleh jadi cenggini :3 kau tau tak org macam kau ni aku panggil apa ? You're close minded . Pemikirasn kau tak pernah luar dari kotask . Kau sentiasa limitkan apa yang kau nak fikir and guess what ? Itu tak bagus untuk kehidupan kau okayyy ?

Back to the topic , ada seorang hamba Allah ni aku menyampah gilaaa ngan dia , dia member lama aku , muda setahun dari aku . Dulu kitorang satu sekolah rendah , masa tu dia gedik sikit je , bila da menengah ni , kegedikan dia melampau lampau , kalau perempuan takdelah aku menyampah , ni lelaki okaayyy ? geli ! So , aku pun ignore jeklah dia , pastu dia kata la sombong kla itu la , padahal perangai dia yg buat org malu nak kawan ngan dia , kau boleh pikir tak ? haha 

Hargghh , back to topic now . Seriously .  Haha , lol

Aku suka music country pop song , rock pop pon aku suka , haha , penyanyi kesukaan aku , Taylor Swift , semestinya , 1D , Demi Lovato , Lady Antabellum , Paramore , Sterling Knight , Blink 182 dan banyak lagi haha , malas la nak tulis , :D 

Aku blah dulu . Sibuk :P Banyak mende nak kene buat . BTW , Do Commment ? okayy ? haha ....

NOTE :Kalau korang perasan , pasal life lagi banyak dari topic tajuk . haha

Novel Melayu , ? Boring



Asslammualaikum .. 

Entry yang panjang ni bukan aku yang tulis , gila kau aku tulis panjang macam ni ? haha , takda lagi dalam buku history life aku , cewah !  Dedulu aku suka baca novel melayu kau tau ? Antaranya novel bla bla bla , bla bla bla , dan bla bla  bla , haa , tajuk dia kemain gempak lagi sampaikan korang rasa nak bagi aku penyepak , kan ? mengaku jela , -..-  

Tapi semenjak stuck ngan novel english masa darjah 5 dulu , tak boleh berhenti . Even kau baca novel not fiction dia pun best !  Dan , sebab munasabab aku mencopy kemudian mengepaste entry ni adalah kerana maybe sesuai ngan apa yg ada dalam fikiran aku *perasan tak ayat novel ? 




1- Nama watak yang tak logik 

Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi. 

Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet? 
Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke? 

2- Jalan cerita yang berulang-ulang 

“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...” 

Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni? 

Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan. 

Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz. 

*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point* 
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je? 

3- Perwatakan yang sama 

Sampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan? 

Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran? 

Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia. 

Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan. 

Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.) 

Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu” 

Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian. 

Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira) 

Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character?

Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya? 
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari. 

Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je. 

4- Happy ending 

Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati. 

Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel) 

5- Tidak mencabar minda 

Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama. 
“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan. 
Cuba macam ni: 

Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan. 

Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta. 

Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”

Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran. 

Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21. 

6- Tema yang membosankan 

Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam? 
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama. 

Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan. 

Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau? 

Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring~

NOTE:ENTRY INI ADALAH COPY PASTE (C/P) DARI BLOG INI SEBARANG KERAGUAN SILALAH PERGI TANYA ORANG LAIN , OK ? 

::::::: :I ::::::::




Selepas minggu persekolahan yang membosankan , Akhirnya dapat jugak aku bukak Blog kesayangan aku ni , poyo hahaha ! And guess what ? Hari koku dah habis , ! Yeah , *melompat atas katil -_-

Cikgu Poyo nak pindah minggu depan , OMG ! Kau rasa apa perasaan aku ? haha , bukan sedih tapi happy , bunyi macam anak murid derhaka je kan ,Haha , tapi nevermind , dia bukan pernah ajar aku pun bila masuk kelas , so ? haha

Sebenarnya aku tak tau apa nak tulis , O.o ?

Hari khamis masa tu , hari koku kan , semua masuk dewan . Pastu aku tunggu dekat situ lebih kurang 1 jam sebelum majlis dimulakan . Thn aku tanya kawan aku , " Motif duduk sini ? Nak suruh kita buat bodoh ea kat sini ? " Dia pun "Entahlah , Maybe dia nak suruh kita jadi org bodoh kot ? " Okeh , ayat dia memang mintak penampr ! Then lepas majlis mula , ada sikit persembahan , Hahaha , yang nih x bleyh belah ! Abg form 5 tu nyayi lagu harapan tersekat sekat , haha , lawak gila , Then ada persembahan nyayian trio dari budak mana ntah , aku pun tak tau . Then Abg form 6 buat tarian Tradisional , yang nih tak payah aku cerita , bossan gila -_-

Aku pandang kat barisan perempuan kat belakang , then terusha budak kelas aku , Asmira , budak asrama , Asyik tersengih sengih je , aku tengok pun seram , rupannya dia punya crush kat depan ? Hahaha , kelakar , Esok nya , dia tanya aku , heh pesal pandang aku semalam ? " Gosh , dia perasan rupanya , aku cakp "Haha , kantoi . Kau usha kebil kan ? kan , kan ? baik mengaku , dia pun macam tersipu sipu malu gitu , segan la tu da kantoi

Habis da , tepuk tangan o.O lol !


NOTA KAKI : Masa cikgu poyo cakap dia nak pindah , Reaction kitaorang macam , yes ! Haha

Terasa ;'(


Cak , wtf!


Aku sebenarnya dalam keadaan sedih , depressed , dan bermacam macam lagilah . Sebenarnya aku terasa gila ngan 'kawan' sefacebook aku . Dia ada kata sesuatu yang buat aku rasa macam aku ni tak ada hidup , cewah , but nemind aku da maafkan dia , and 'nemind' tu aku copycaters dari dia wtf. Guess what ? she hates copycaters ;)

Seperti yang aku kata sehari yang lepas , aku nak update entry pasal 'sesuatu' tapi tak berkesempatan , yelah sangat , kalau korang bukak aku punya timeline , berapa kali update status ? Haa , camanatu? BTW, korang tu merujuk kepada sape ?ada ke orang baca entry aku ,lol

Sebenarnya bukan gempak sangat pun , haha , Kauorang dengar pun boleh bosan dan menyebabkan korang berpaling tadah dan bukak blog Izzah Zakaria yang lagi menarik dan cantik daripada blog aku  ni . Haha ,

Sebenarnya aku nak cerita pasal , Gosh ! Aku da dapat hampir semua lagu Taylor Swift ! Yeahhh! Excited tahap melampau , haha ! Itu je . Yea , tepuk tangan ! LOL XD .

Sekolah lagi 2 hari :D Good to hear , God only know the fear ;)  

Okeh , sampai disini sahaja luahan hati aku , ceh , luahan hati la sangat . BTW , Thanks for singgah sini ,haha :P kbai

NOTAKAKI: Lagu taylor Swift je semuanya dalam Phone aku ;)

SoundCloud and Ask.fm ? Gosh!


Gosh ! 

 Why in world should i got that SoundCloud acc ?  Haha , malu seh! Haish , mana nak letak muka ? mana ? mana ? Bawah katil ? Dalam Almari pakaian aku ? dalam bilik ?dalaam dalam dalam . mana nih ? ARGHHH!

Apa kecoh kecoh kat atas tu ? Sebenarnya tu adalah luahan rasa kesal seorang hamba Allah bernama 'Aku' . *Its me ! Poyo je ayat , penuh dengan kata kata buku teks , majalah , surat khabra , novel dan banyak lagi . Sila layari laman web sendiri kalau nak tau apa mende kata kata buku teks bla bla bla and bla .Mensurfing dan membaca maklumat amalan Mulia dan disukai Allah S.W.T .

Gosh , sekolah nak mula dah :D Feels great , in the meanwhile rasa seram sejuk sebab cikgu Poyo akan ganti Cikgu Mirah n Homework Sheet aku tak ambik lagI OMG! Yeay!Aku boleh jadi gila! Sebabnya Acc Twitter aku yang SwiftSuportter tuh baru 28 follower , mula mula 29 then 30 then 28!Means world! I hate it . LOL XD .Kalau korang nak bantu aku mendapatkan keyakinan diri , kepada yang ada Acc Twitter tu silalah rajin rajinkan tangan anda mengelik button follow selepas mengelik link ini ---> SwiftSupporter

Aku dh buat Acc Ask F.M , aku nih baru keluar dari gua mana nih , baru buat Acc Ask  f.m ? gosh , kelakar gila! haha , sebenarnya dulu aku anti ngan binatang Ask F.M nih , then rasa cam nak try jugak >.< dan akhirnya terhasillah account ni , inih dia binatang Ask FM .Kalau nak senang kat widget sebelah kiri aku ada letak satu . Tanyalah tanyalah , haha , ayat mintak penampar! bak kata Carly Rae jepsen , Call me maybe , Ask me maybe ? pekenemengena?

Lagi satu kalau korang nak dengar suara aku yang x sedap gila tu boleh la ke Acc SoundCloud aku tuh , :P Baru ada cover ILY Najwa Ltif ngan Mine Taylor Swift .Nak masukkan wanted by HunterHayes malas pulak , sebab bila aku masukkan tuh selepas menunggu sekian lama tanpa rasa segan silunya keluar 'error uploading' aku stresss!


NOTA KAKI : Ingatkan aku yang esok aku nak update lagi satu entry! Aku masih PEMINAT SETIA TAYLORSWIFT DAN ONEDIRECTION!

Mood bercampur :#



Tatau apa nak dikata bila aku sendiri tulis camtuh , haha . K fine aku buat lawak dan aku gelak sendiri .Sebab manade orang baca entry aku nih . Ada keh ? huh !

 Sekarang ni aku rasa malas = nak kembali ke sekolah (wek :P)

Lepastu sedih + geram kat Tracy Morgan = Dia kutuk Taylor Swift aku (pun wek :P jugak) haha

lepastu mengantuk = tak tidur 

Minat aku pun bercampur sekarang nih . Aku diehard Taylor Swift , in the meanwhile aku minat 1D , Gosh , What wrongs with that ? lols!

Haha , tadi chat ngan Alia pasal Demz 'What To Do ' . Ckp pasal WTD tuh , da lama x dengar :P hehe , hmm , Demz pun last lagu dia aku rasa Made in USA . lain masa aku bukak youtube xde pulak update .belum ada lagi la tuh kot ? ! hmm .

Ini entry tersikit takat nih kot ? haha , KBAI :p



NOTA KAKI : = tu maknanya sebab k , haha .

Mengantuk . Baca senyap senyap k ?



ARGHHH . Mengantuk , k mengantuk .

 But , stay strong Aliif , tunggu lepas sahur n subuh , lepastu nak tidur tidur la , Haha . Okay pine , aku sebenarnya mengantuk sangat gila gila kau haa , betul seirius black *haa?* aku tak tipu , betullll! Okay , staement nie mati kat situ.

 Aku bukan apa , kalau aku tidur karang , memang aku x akan sedarkan diri sampailah matahri terpacak meninggi di atas kepala menyinarkan surianya *bahasa buku teks dan ayat novel kembali mnyerang* aku kompem xkan bangun , so baik aku tunggu Sahur ngan Subuh , haha ...

Tiada lafaz yang dapat aku lafazkan disini selain mengantuk .*statement sambung disini* Mengantuk , mengantuk , mengantuk . Tetiba teringat masa kecik kecik dulu , .. Aku cakp kat mak aku yang aku nak puasa , mak aku cakap baguslah , training diri dari kecik . Masa tu aku kecik kan so mestilah tatau apa apa tentang puasa . Nak tau apa aku buat ? apa lagi selain makan , pastu kakak aku tanya aku puasa tak ? aku jawab , " puasalah , apalah tanya soalan mengong ". *padahal dia nampak aku makan * mulut dia kau , bukan main besar lagi ternganga , even lalat masuk pun boleh sesat dalam mulut dia yang dipikirkn pintu gua tu , haha .

 Lepas tu dia pegi bantai gelakkan aku , kau tau ? Aku memang geram gila masa tu . Malu pun ada .. So dipendekkan cerita , adelah bergegar sikit otak kakak aku dipukul oleh tangan aku yang comel ni , haha .. Sekarang ni tangan dah tak comel dah , kalau pukul orang bukan bergegr otak je  , silap haribulan boleh kene amnesia . Omg. haha , k pine , tak lawak -_-

 KBAI , aku nak sahur , haha ,   lalalala , sukanya hati boleh tidor kembali , haha  



NOTA KAKI : Weiii,aku nak ingatkan korang yang Cuti Raya dh start ! KBAI .

Cikgu + Poyo =Cikgu Poyo


Hello *ayat skema *


   First sekali ,aku nak cakap aku menyesal pakai blogskin nie . Tapi takpe , pakai jelah , haha ...  Lepastu , lagi satu aku nak cakp , *Aku excited nak cuti bukan nak raya . * ahahahaha

  Pengumuman , baju raya aku x beli lagi , hahaha , InsyaAllah , petang ni atau esok beli . Okey , secara terus terang aku tak suka tema Raya tahun nie , Biru kau tau ?   Dah lah , raya nie x balik perak *sebenarnya excited tak payah balik* Haha *gelak jahat*   Okeh , jadi raya nie rumah aku xde rumah terbuka k ? hahahahahahahahahah 


 Sebenarnya aku nak cerita tentang cikgu POYO ... Ok, cikgu nie cikgu real *haha* yang akan ganti cikgu Mira . Sebab apa aku kata cikgu real ? Ada dua sebab ...

 Pertama:Dia cikgu Tetap SMKLC (sekolah aku la)
 Kedua  :Dia bukan cikgu Praktikal
     
   *Bukan sama ke kedua dua tu ? Hahaha Conclusion is , sebab dia ada satu je *

Cikgu Ni nama asal dia Farikh , *Kenapa x marikh je ? gelak jahat * Aku memang ! Haha , dia ni Ya Allah , POYO gila , kerek , tak sporting , tak best , haha , macam macam aku kutuk , berdosakah aku ? Kenapa kitaorang *kira dah pakat satu kelas la ni * panggil dia Cikgu POYO , cerita dia cenggini :

 Masa tu aku tak datang , then petang tu aku decided nak Kol kawan aku dan aku pun laksankan apa yang aku rancang *ayat skema lagi*  Dia cerita pasal cikgu ni . Dia cakap ramai budak kene marah sebab tiru tiru nota , macam macam lagilah , haha ,...Aku pun macam x percaya . Then esok tu , aku sekolah la , ingatkan dapat markah Pisa sains , frust gila bila cikgu tak datang , Lagi frusttt bila Cikgu Poyo ganti . Then , aku masuk kelas , cikgu tu dah ada , dia marah eknapa lambat , pastu aku ckp lah , kene ambik attendent la , ambik buku rekod kehadiran kat pejabat , tengok relif , cari guru ganti penat Wooo , ambik masa 20 minit jugak la nak buat mende tu , setiap hari plak tu *lari topik?*  dalam hati  haishshhs , banyak tanya plak dia , haha ,.... Then aku buat kerja snediri , tup tup dia tanya aku dah baca ke belum . aku tanya baca pe ? pastu dia tanya aku soalan ... Macam macam , nasib baik aku teror bab makanan tuh , kalau tak , apakah yang akan terjadi ? Hahaha ,,, kesimpulannya aku , benci benci benci kalau cikgu tu ganti Cikgu Mira teus , kay ?

  Okeh , sampai didini sahaja luahan hati aku tentang cikgu POYO . harap anda semua tidak terhibur dan tidak bersimpati terhadap saya ..... Apakah ? o.O


NOTAKAKI:Cikgu , maafkan saya sebab kutuk cikgu . Kbai

Exam Literasi , penyambung penyeksaan selepas PBS --'


 Okeh , tajuk kat atas memang gempak , haha , Ini adalah pengalaman benar aku pada tarikh 30 . Ogos . 2013 . ....


 Masuk kelas , bukak buku baca sebab tau kejap lagi ada exam *ohsemm*  punyalah baca sakan buku tuh ! Pening kepala otak aku mengafal formula Sn ... Okeh , Paper no. 1 Math , Okeh , konfident boleh jawab , Then cikgu bagi kertas , aku bukak ... 


    



Bukak :Nampak soalan macam lain macam , try baca , Luas padang ialah 40m lebar dan 60m panjang. Tali yang diikat di leher lembu berukuran sepanjang 14cm. Berapa cm kah lembu itu boleh jalan dekat padang tuh? Ni soalan apa ? AAAAAAhhh , aku bukannya lembu tu ok, mana aku tau , hahahaha *gelak jahat*  . Pastu dia tanya antara botol A yang harga 3.90 yg boleh isi air sebanyak 150 ml air dan botol air berharga 9.00 dan boleh isi air sebanyak 500ml , mana satu akan dipilih orang tu . Ini lagilah mengarut. KAU TANYA AKU BUAT APA KAU TANYALAH ORANG NAK BELI TU . kalau dia nak beli yang 3.90 belilah , kalau dia nak beli botol 9.00 belilah apa aku kesah , dan kenapa kau perlu kesah  need explanation please!    Aku rasa macam , ni soalan ke penyeksaan , aku ingatkan dapatlah merasa jawab ujian biasa seblum hari raya *selamat hari raya* Oh , hancur harapan , punah impian !


Then , Sn pulak macam mana la kan , aku pun cepat cepat , meggelabah cari buku sains . But , Ohhsemmm! Satu apa pun tak masuk kau ! Haa!   Kesian otak aku terpaksa menolak masuk maklumat yg tidak diperlukan sehingga aku jadi gila sekejap .!   Sains tu , tanya soalan formula kimia la , Kenapa dinousor tak dapat diklonkanlah , macamana nak klon kambing burdox la , eh , kalau nak tanya soalan tu tunggu aku jadi saintis dulu *tu pun kalau aku nak* okeh , then  aku rasa Babai semua , babai keyakinan nak berjaya dalam peperiksaan ni , aku rasa paling tinggi budak kelas aku dapat pun maybe dalam 5% . sadis x hidup kami sebagai mangsa PBS . hahaha





NOTA KAKI :Ahmad ada seekor lembu betina dan 5 ekor lembu jantan , Kira  berat datuk ahmad ?