Kala Malam Bulan Mengambang




Tajuk pun dah nampak menakutkan , konon sekonon kononnya . 

Perfect . Ahaha ,  Ingatkan malam tadi nak masukkan FanFiction tapi oleh kerana sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan maka saya tidak dpat memasukkannya hambek kau ayat piawaian spm lagi komfem cikgu aku tengok ni menangis dia terharu lols

Selasa hari tu , aku tak pergi sekolah , haha , well , periksa dah habis , kan , ? apa lagi ? ahaha , hoi PBS hoi . Ahh , abaikan bisikan hati aku tadi . Haha . Then malam tu aku tolong mak aku dekat kedai around pukul 8 nak dekat pukul 9 . Haa , esok tu , tak datang sekolah sebab demam terkejut . Ahaha . Well , kau embraces bende menakutkan sensorang , mana tak terkejut . Blurr ? aha , memang kot sebab aku tak ceritakan pun . Cenggini , malam tu aku bawak Lappy pergi kedai well stuck idea oh idea mana kau , stop it. Konon nak updtaes entry la tu . konon . ahaha , then bukak FB kejap , ok ada banyak gila kau Noitification padahal semalam baru bukak , haha , then sambil sambil tu bukak lagu wolf EXO dalam Fon aku yang sekrang ni fon aku dah rosak berkecai sebab terhempa atas kecuaian aku sendiri , ahaha , nak beli fon baru . u_U

Then mak aku and kakak aku pergi kedai , ceritanya tinggal lah aku sensorang dekat kedai tu . Then , tengah sibuk online , aku rasa macam ada bayangan kat belakang aku , aku toleh , ahh , apakah ? Pakcik yang ntha dari manantah datang tanpa menegur , tetisbe je tengok sekeliling . ahaha ayat piawaian spm lagi kot .  Aku macam , ok pakcik nak apa , dia diam je and dia tanya aku buat apa , konon aku ni pandai sesangat , aku tutup lagu wolf tu manalah tau mende tu ke yang panggil pakcik tu datang aku jawab takdepapae . dia diam and terus nak blah , tapi kejap kejap dia pandang belakang .Aku perhatikan dia , tak sampai setengah hujung jalan tu dia hilang , muka aku kau pucat gilaa , then ahh , sampai situ jelah aku cerita malas nak taip lagi . ahaha , erk / kejadah

Alhamdullilah Fanfiction aku dah dimasukkan dalam blog FF aku tu . Haha , stuck idea konon , aku rasa macam ahhh





D.O Kyunsoo , haha , kelakar  je . First time aku tengok dia gelak cenggitu , haha , koononnnn sangat padahal banyak kali dah aku tengok gif EXO yang lain , ahahaha
Addicted dengan lagu Heart Attack ngan Wolf pulak , duh , Haha  Jyeah , da tengok dah MV EXO . Haha , ok . Nampak sangat aku baru nak tengok lols . Oh , Aku Lupakan Demi Aku ke ? Tak ah , ada lagi ni haa , lagu dia semua dalam fon aku . haha , poyo . erk~

Anyeong .

P/S : Alhamudllilah , aku dah boleh baca hangul dan tulis hangul . Thanks Allah , haha , makna aku tak faham , kejadah ? haha

291013


Anyeong .


Ok . Muka D.O KyungSoo nampak sangat comel dan kelakar . Motif je tangan cenggitu . Haha , macam tak feel , konon. Haha , D.O Hyung , kena paksa apa nari cenggitu lols . Baekhyun ke Chen kat tetengah tu ? aku rasa baekhyun, again , nampak sangat not Hard EXO , haha , tapi  gerak lelaju cenggini memang susah pun nak detect .eheh, Apa yang chanyeol menjerit tu ? erk~

Semalam Exam sejarah dan aku masih tak baca buku sampailah 5 minit terakhir sebelum paper start ! Haha , kekonon macam hafal je semua fact tu padahal tahun berapa James Brooke lahir pun tak tau . Haha , Sains semalam again penyeksaan PBS , Nasib baik cikgu tu kemain baik hati kasi habiskan . otls . 

Semalam memang line nih sengaja tak kasi aku updates blog , lols haha . Facebook tu kemain cepat lagi loading , even tak sampai one blink eyes . Blog nih aku bukak , aku tunggu macam orang bodoh je . Lame gile , macam kau tunggu ayam jantan bertelurkan emas lols hiperbola sangat kan .

Aku baru ingat nak tukar header . Header nih nampak macam serabut . Sorry Kak Nana , orang ambik 'Perfect Twelve' bolehkan ? hehe . Nampak tak permainannya disini . Haha , kenkadang aku pun bosan nak taip apa apa kat blog ni . kemain menaip bukan ada orang baca pun , haha .  memang tupun motif aku , boleh taip papee je yang aku nak without diskriminasi . Haha ,


Luhan u_u Haha , lols how funny he trying to snatch the monkey . Haha , isn't he cute ? LOLS .. erk - monkey or something else ? eheh

Haha , semalam aku tengah bosan , konon, aku online twitter tengok noti , tapi ternampak satu yang menarik perhatian . Sorang budak tu kata , 'ada orang tu dah konfem dapat A+ tak study' Amboi dik , kau kata aku tak study ? haha , mana kau tau ? memang aku tak study pun . Sebabnya , tak tau kenapa but when aku try to recall balik dia macam natural come. gitu , haha . Poyo , konon sejarah boleh dapat A+ bak kata adik tadi konon . 

Memang konon sekononn kononnya ! Haha 

Informer


Konon nak stayed up late sampai kepagi semalam . Konon sekonon kononya lagi nak update entry bebanyak sampai tangan tak larat nak taip apa dah . lols kejadah , erk~




Luhan lols . kenapa muka dia macam terus mata dia straight to camera then he tried to avoid it . Luhan dengan . ok tak cam. haha , nampak sangat bukan hard exo.haha . muka dia macam tak familiar . maybe kriss . atau mungkin bukan ahli EXO. arghh , dah malas nak comment! Peace... Sign , i see it! haha

Dalam pukul 3 pagi tadi hujan . Gila sejuk kau haa, sampai aku mengantuk.then tertidur pulak . Haha . Tu yang entry dari minggu lepas punya tu . Blogskin , again , tertukar . Well , as usual. Macam tak kenal .

Malam tadi coding balik blogskin yang aku download dari blogskin.com tuh , memang macam nak pecah kepala ni . haha . Haha . Gila kau tak pening . Blogskin yang aku download tu gila serabut . serabut dia macam kau berenang dalam laut yang padat dengan teddy bear warna coklat . Tak pun sama serabut macam kau pergi kedai beli barang yang mak kau kirim tapi kau lupa apa yang mak kau kirim dan kau tak bawak fone , kononnya,

Mana tak pening,dari serabut bla bla bla tu,aku re-edit / coding balik sampai simple macam nih , header dia tu aku buat sendiri . Tak main lah curi header orang nih bebagai.ok.nampak sangat aku ni tak reti buat header sampai header tu yang sepatutnya taklah serabut sangat pergi menggatal nak letak 'USTATIC'.HAHA . 

maybe lepas ni aku tak tukar blogskin dah kot sebab aku suka simple blogskin ni . well , as said , inspired by Nana Johari .  Dengar lagu Growl (EXO) berulang ulang sampai aku hafal terus lirik dia . Haha .Maybe . Tapi even kau dengar misheard dia pun kau susah nak hafal . Aku syorkan korang jangan dengar Misheard lyric sebab kenkadang lirik dia macam not suitable for some age .Lagipun korang akan rasa macam group yang korang sedang dengar tu dipersendakan . conclusion dia , don't ever ever ever , hambek kau sampai banyak ever , dengar Misheard lyric .

Tangan guwa pun dah penat , konon. padahal guwa dah lapr nak pergi makan nasi ayam home made by mak guwa , wakakaka . So , anyeong .

P/S :Kalau korang free , boleh pergi fanfic aku tapi aku tak update pape lagi . aku just sediakan blog je . aku dah siapkan fanfic tapi tak masukkan . ERK~


The Reason Why ?

Why Her (S) and Him (S)  .

(Sediakan Mental dan Fikiran Korang untuk baca Luahan hati aku) -..-

Setiap orang ada idola masing masing kan ? Ikut suka hati korang la nak suka sorang je ke ,, dua ke , whatsoever.Bila cakap pasal idola , tak kesah la sape sape pun yang korang nak jadikan idola , even makcik janda sebelah rumah kau pun kau boleh jadikan idola .nak lagi advance , korang jadikan kucing peliharaan makcik janda sebelah rumah korang tu sebagai idola . wait , macam kelakar je bunyi dia otl
Mesti korang tertanya Tanya apa kejadahnya aku tulis ni kan ? kan ? . Siapa Her (S) dan siapa Him(S) . Haha , Poyo semua ni . Geli aku nak tulis entry ni.Haha
FYI , Her (S) stand for Demi Lovato . Mula mula aku letak Her je pastu aku realize yang aku minat TS , Jadi aku letak (S) . Him pulak stand for Luhan , then teringat EXO , so here (S) it goes . (D.O dalam EXO pun comel jugak , haha )

Macamana aku boleh minat korea nih ? Haha . Luhan ? Macamana aku kenal Luhan ? Teringat balik kisah masa mula mula kenal Luhan . Aku Blogwalking blog Kak Nana Johari .(Berminat untuk tahu siapa Nana Johari ? Klik sini , haha) Blog kawan Kakak aku . Haha , poyo . Blog Kak Nana dan Izzah Zakaria adalah blog yang wajib aku kunjungi sebaik login dashboard . Wait,Tak ada kena mengena dengan entry ni.otl    Pastu aku tengok entry kak Nana , banyak gambar EXO . Aku tak hirau pun , haha sebab masa tu aku macam  , Koreaaa.Hmm , tak kesah pun . So , ignore jelah.
Then , aku Nampak dalam entry kak Nana banyak cakap Pasal Luhan . So , aku pun macam tertarik nak kenal Luhan. Aku tak goole pun apa , aku malas.then terlupa . so , takde la rezeki nak kenal Luhan . Lepastu dalam 2 , 3 bulan lepas tu , I mean , bulan ni oktober (10) ,kawan aku bawak gambar EXO ke sekolah. Aku pun teringat la nak tengok Luhan . Aku tengok , haha lols . So , aku try google balik sekolah tu , wah , kagum gila ngan kumpulan EXO .
Diorang sebenarnya kumpulan pennyayi Cina (betul ke ? haha , aku tak tau!).Diorang belajar bahasa korea (diorang sebenarnya kebanyakkan lahir je kat cina , tinggal kat korea dan belajar kat korea) sampai diorang dah fasih . Wah , pengajaran untuk aku ; Usaha sungguh-sungguh untuk dapat apa yang kita nak . Jadi , keep make an (S) effort ! Aku spotted LUHAN. Wuhuuu . pastu aku ambek semua majalah E-Pop aku , cari cerita pasal EXO. Start dari tu , aku addicted to EXO.hehe Terutama Luhan . Diorang IDOLA aku . haha . Haha , lebih kurang macam tu la.Haha , Luhan is my Hyung :P . Aku try serch Video EXO , haha , tertarik tengok Video Weekly Idol ; EXO (Yang kedua kali EXO datang) Luhan kelakar . Dia ada satu habit yang suka tendang ahli team Exo , kalau korang tengok mesti gelak guling2 . Hehe . Baekhyun kelakar gila dalam pertandingan aegyo . Haha , dia buat wolf . Kelakar gila . muahaha

Demi Lovato ? Ni unik sikit . Kelakar pun ada .  Aku punya hati nih tak pernah statik tau tak ? Sebab apa aku cakap camni ? Sebab aku minat Demi dari aku darjah 4 , Then , lepas  2 , 3 tahun tu aku macam slow sikit minat dia . Then Form 1 aku minat dia balik , gila gila sampai Album dia aku mesti dapatkan (grab) otl lols haha …Sampai sekarang . Form 2 .  Kelakar bila aku ingat balik . Haha , nak gelak guling guling pun ada , hahahahah lols . Demi dalam Camp Rock nampak macam , hmm , matured tapi still kenkadang dia macam budak  budak , haha . comel . Aku suka demi dalam Cerita PPP (Princess Protection Program) .Dia nampak comel gila dalam cerita PPP tu . Muehehe. Sekarang ni aku tengok Glee , Demi baru je masuk tok season ni.. Hehe , .. Glee , cerita dia  best . Kind macam High School Musical tapi aku tak tengok High School Musical . Sebab ? Aku tak suka tengok Vanessa Hudgons .LOLs

Taylor Swift ? Aku mula rasa yang aku tak suka dia sangat dah sebab dia over react about her past . I mean , past is past . Just talks about present and never talks about the past right ? Tapi dia , lagu dia banyak (atau semua) tentang Boyfriend (atau ex . Aku tak tau nak letak ex ke tak sebab kalau dia still can’t forget dia punya bf,macam not ex la kan ? haha , tapi takkan semua *boyfriend* dia , wau ! Banyak gilaaa , haha)  dia . Tapi , aku still suka lagu lagu dia . Catchy gila , haha . TS aku minat dari darjah 5 sampai Form 2 , kelakar je , ... tu pun nak bagitau , motif je -_- ? Lagu TS yang pertama aku dengar , Love Story ngan Crazier . Aku ingatkan Crazier lagu Avril Lavigne .hha , …lols . P/S:Avril Lavigne yang pakai imej perempuan rock tu , mata hijau , haha

That’s Why semua tu berlaku . Haha , sekarang ni , aku wajibkan diri aku sendiri masukkan gambar animated gif LUHAN yang comel gilee tu sebagai inspirasi aku . Demi ? Aku tengok gambar dia , takde yang gif . u_u    wuwuwww Kalau ada pun , tak sesuai , atau kurang menarik perhatian aku . What the… memilih ! Haha , kalau korang perasan , aku punya blog sekarang ni banyak animated gif Luhan (atau mungkin EXO) haha , kelakar je , tapi still Demi the Best!  P/S : Tau tak kenapa aku tak suka Vanessa Hudgens ? Sebab , aku tak suka reaction dia . selalu melebih lebih , yeke ? O.O haha


P/S : Demi Comel kan? Haha .  Luhan Hyung ! Keep Fighting !           

Once Upon A Time - In AidilAdha Celebration Day



Anyeong ~ Muka terkejut Habis aku berjaya bangun awal walaupun aku tido pukul 6 tadi , -heh

Hari nih Hari Raya Haji tapi aku still lagi menghadap laptop ni kan ? heh~  


    


Haha , tengok diorang dance , ewhaha , dance ke ? lols . Aku Spotted Luhan , haha ! Kelakar gilaaa ,  Semalam heboh aku bukak Youtube cari interview pasal Luhan . At least dapat tengok 2 video . Weekly Idol ngan satu interview . Kelakar . Haha . Naif u_u dan comel *-* Boleh sesiapa jelaskan kenapa diorang dance (atau mungkin gelek) sebegitu . Haha . Chen pls. Kris not even trying lmao. LuHan forever comel (erkk?). . Chanyeol ... ok lupakan , malas aku nak taip lagi

Lepas twngok semua vid tu sampai mata aku bengkak kau , haaa . Aku tanya MR Google aku ni biodata Luhan . Dia jawab aku ni :

Real Name : Xi Lu Han (鹿晗)
Stage Name : Luhan (루한)
Nickname : Marilyn Monroe, Cute Little Prince
Super Power (Badge) : Telekinesis
Birthplace : Haidian District, Beijing, China
Date of Birth : April 20, 1990
Date of Birth : April 20, 1990
Star Sign : Taurus
Blood Type : O
Height : 178 cm
Nationality : Chinese
Position : Vocalist, Lead Dancer, Face of The Group
Hometown : Beijing Haidian, China
Specialties : Soccer, Rubix cube
Blood Type : O
Height : 178 cm
Nationality : Chinese
Position : Vocalist, Lead Dancer, Face of The Group
Hometown : Beijing Haidian, China
Specialties : Soccer, Rubix cube
Education : Seoul Institute of the Arts majoring in Applied Music
Training Period : April 2009 – December 2011
Hobbies & Interests : Animation, art, video games, computers, water sports, racket sports, nature sports, basketball, baseball, football, music, concerts/clubs, television, animals, travel, and singing.


>>  Marilyn Monroe ? lols <<

Kejap lagi aku nak pergi rumah atuk aku , Taman Merak Mas Durian Tunggal , tahu tempat tu ? So what ? Macam aku nak ajak korang datang hahaha lols *gelak jahat tapi comel macam Luhan  So , aku tak dapat nak update entry pepanjang , wait , aku selalu ke update entry panjang2 ? bukan selalunya pendek ke ? otl 



So?  Anyeong  -BYE- Haha

Luhan (EXO)





>> Blogskin aku dah (ter)tukar lagi kan ?<<



Luhan ! Luhan ! Haha .. Luhan tu bukan binatang peliharaan aku . 
Harap Maklum . Demi Lovato dah ada pesaing.Cewah , Luhan ke ? Yeah . Don't Worry , Demi masih lagi Queen aku . Haha , Luhan ? Just My Big Bro ? Perasan u_u . Wuu , takpa , lebih baik perasan dari obses ~Heh , bukan sama je ke 

-_-


Lama dah tak update blog kan ? Dah raya Haji . Percaya tak ? (bukan ayat skema) . Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat islam di Malaysia :D   Lembu , be prepared hhaha lol *gelak jahat

21.10.13 - Final Exam , jyeahhhh ! Really , Can't wait for this moment . Aku takut Geog. sebab aku tak prepared apa apa lagi tuk geog. Math ? Dah ! Yeah ,Rupanya rumus tu taklah susah sangat nak hafal . kesimpulannya , math bukannya susah . Isi formula , gantikan , buat . Settled ! Bende kecik je kot , boleh bwak bincang . Haha .  Nak dekat Periksa pun aku masih lagi layan Movie , haha . Baru lepas habis tengok The Conjuring . Haha (lama dah cerita tu) Aku rasa , moroon gilee! Hantu takde pon ? sedih je , bila harap hantu munul dalam cerita tu , wuwuwuw 


Jom Dekat ! Dekat sikit , nak habaq kat hangpa semua (tetibe loghat kedah --") Aku dah buat keputusan . Oh , keputusan apakah itu ? Keputusan .... Jeng - jeng - jeng -_- Ok , aku straight to the point , aku dah buat keputusan yang aku sememangnya benci Subjek Geografi dan Kemahiran hidup ! So , lepas F3 nanti aku nak ambik course Sains Tulen (ST) . Jyeah , aku nak ikut jejak langkah kakak(S) aku ke ? Haha , maybe ? Tapi aku belum set up lagi lepas SPM nak ambik course apa ? Haha , Maybe aku ambik (Sains Kuantitatif) kot sebab aku minat Math . (--)



Oficially , aku minat Exo baru je . Tupun lepas tertengok poster Diorang yang kawan aku tunjuk , kalau tak , tau nama jelah , rupa tak tau , haha , tak lawak , HOT FM aku ? Oh , My ! aku abaikan dia camtu je , U_U

Dah , otak dah stuck . Apa lagi aku nak tulis ? 


Aku Rasmi Peminat Luhan tepat kul 12 pagi tadi (yang sekarang pukul 3:28 pagi) *tepuk tangan*  Cewah , ayat condescending habis . haha lols . Aku tak tau sampai bila lagi aku boleh sabar tunggu School holiday . Soon Aliif .Soon . Ok , aku tunggu . Lagi sebulan je kot ^happy^ Haha . 



Hammmbik kau , kemain mengarut lagi aku dalam Entry nih . Dah lah serabut susunan ayat . Menangis cikgu BM aku U_U 

KBAI , aku nak blah dulu . Happy Holiday soon guys :D Have a blast day in your life . Anyeong . Gumawo :D


NOTA KAKI : Aku asyik tengok gambar Luhan kat atas tu sampai masa taip entry pun masih tengok :P


SR and The Change !




Dalam Sejarah ! Haha , Paling lama aku tak update blog . Erk , Boleh plak cenggitu ?

Haha , kalau aku kata aku cuti dua minggu , percaya ? Tapi , itulah hakikatnya.Haha , Bukan sengaja lha , ada sebab yang tak dapat dielakkan . Eloklah kiranya saya merahsiakannya . Ayat Piawaian SPM tuh , jangan memain . -..-

Perasan tak aku dah tak pakai Blogskin lama aku ? Hehe , poyo je sebenarnya nak tukar jadi cenggini . Penat seharian aku search Kumpulan Lawson tuh , haha . Kenal tak ? Tak Kenal ? Google Sendiri . Muahaha . Haha , tak boleh belah  bila lepas baca Novel HLOvate , terus insaf sekejap . Haha , eh , bukan lepas tu aku baca Novel Curi Curi Cinta Siti Rosmizah sambil menangis fefeeling bebagai ke ? Apahal plak insaf nih ? .   Ok dah tak payah nak gelak sangat , tak lawak pun . 

Aku nak bagi Review sikit Pasal Novel Siti Rosmizah tu , Nak Tau ? Meh dekat dekat ngan skrin nih sikit , jangan dekat sangat , nanti rabun . Aku bukan apa nak bagi review ni , manalah tau lepas korang baca review nih tetibe tersangkut lak ngan jalan cerita dia , dapat aku pahala sebab tolong rekomennkan , haha  .. 


Tajuk : Curi Curi Cinta.
Pengarang : Siti Rosmizah
Harga : RM 37.90
Mukasurat : 1165 halaman
Status Stok : ada
Penerbit : SR Publication . (S stand For Siti And R stand For Rosmizah . -kot- ? )


Sinopsis : 

Sinopsis :  Intan Raihana seorang gadis yang sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yang terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yang amat di benci ini bersama dengan dendam yang berlingkar di hati.

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..




Review Aku :

Novel ni agak Klise sedikit ngan novel Takdir Itu Milik aku cause jalan cerita dia , Ya Allah , Sumpah sama ! Cewah , haha . Tapi bab Yang Intan tetibe berubah tu aku tak faham cause mendadak . Cuma sebab dia tak bahagia duduk ngan Daniel yang pepura miskin tuh , dia rasa takde cinta tak bahagia padahal dulu kemian lagi ahh bestnya dapat kahwin ngan daniel ! haha

Tapi cara Kak SR tukar Daniel dari Baik Ke Jahat and Baik balik aku saluted gilerr . Sebab , watak Daniel nih banyak main Minda . Banyak Berfikir . Kiranya taklah drastik sangat macam Intan . Ok Tipu . Intan tu bukannya Drastik tapi aku terfikir kenapa Kak SR ubah Intan Masa dia tengah serabut Ngan Daniel and boleh pulak terjadinya Daniel terjatuh cintun ngan Intan . Tak ke pelik tu ?

Intan tu watak dia cantik sangat Kak SR buat . Kira Walaupun dia dah berubah sifat lama dia tu kekadang ada gak tertutama pasrt suka mngutuk . setiap hari lhaa ada. Hahah Dia bukannya macam  watak perempuan lain , berubah je perfect serba serbi , kecuali kekurangan dia yang cepat menangis dan kirannya macam modal la nak buat hero dia a.k.a watak lelaki utama dan tak terkecuali watak lelaki sampingan tuk jatuh cinta ...


Nota Kaki : Aku tak puas hati kenapa Iskandar a.k.a Abg Is mati ? 




Rupa orang penat menulis cam aku ni , macam ni lah , haha