Jyeah , Crazy Memememe



Setelah sekian lama tak update blog ni , gila teruja aku masa nak upload entry ni , haha .

 Aku rasa macam bla bla bla bla bla dan bla bla bla bla bla , okayy , berhenti mengarut . Banyaknya kerja PBS time nih . Salah satunya , PBS sains Forum ! Aku tak pasti sama ada bende ni  betul ke tak , apa yang pasti , aku sesaje nak menggedik masukkan Teks forum aku ni ,haha

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Rakan rakan  sekalian, bertemu kita hari ini untuk membincangkan Topik kita tentang kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.. Bersama saya adalah 5 orang ahli panel yang tidak asing lagi.. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudara Hafizuddin bin Zulkapli.. Selamat datang saudara. Seterusnya ahli panel kedua, Saudara Mohamad Syazwan bin Romzi .. Selamat datang saudara saya ucapkan.. Juga kepada Ahli panel ketiga , Khairul Ikhwan Bin Maizan. nampak pemalu tapi bijak berkata-kata,. Panel keempat kita merupakan Saudara Mohamad Syahmi bin Abdullah . Selamat datang datang juga kepada saudara . Dan di hujung sana merupakan panel kelima kita iaitu Mohd Noor Haziq bin Salim.. Selamat datang  saudara. Baiklah , sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada saudara panel pertama, apakah maksud interaksi antara hidupan ?
Panel Pertama: Terima kasih kepada saudara pengerusi,.Soalan yang baik saya kira.Maksud interaksi antara hidupan adalah perhubungan yang aktif antara benda benda hidup yang saling bergantung  antara satu sama lain . Sebagai contoh , Tumbuhan hijau memerlukan sumber cahaya daripada matahari untuk membuat makanan dalam proses yang kita namakan fotosintesis. . Perhubungan ini kita namakan sebagai interaksi. Sebenarnya terdapat beberapa interaksi antara hidupan . Salah satunya adalah hubungan mangsa dan pemangsa.Pemangsa ialah organisma yang memburu dan memakan organisma lain yang disebut mangsa.Sebagai contohnya ular ialah pemangsa yang memakan mangsanya iaitu katak.
 Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat beberapa interaksi dan menerangkan salah satu daripadanya iaitu mangsa dan pemangsa.Jika boleh, bolehkah saudara panel kedua memberikan lagi contoh interaksi antara hidupan seperti yang diberitahu sebentar tadi ?
Panel Kedua:Soalan yang amat menarik dan saya akan menerangkan satu persatu. Saya mulakan dengan interaksi kedua yang dinamakan persaingan..0rganisma bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama seperti makanan , air , cahaya , garam , mineral,tempat tinggal dan pasangan.Persaingan intraspeisis berlaku antara organisma yang sama spesies manakala persaingan interspesies pula berlaku antara organisma yang berlainan spesies . Seterusnya ialah simbiosis yang  bermaksud interaksi antara dua spesies yang berlainan hidup bersama.Simbiosis dapat dikategorikan dalam 3 jenis yang berlainan iaitu Komensalisme , Mutualisme , dan parasitisme. Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma dimana satu organisma mendapat faedah dan satu organisma tidak mengalami sebarang kerugian . Mutualisme ialah interaksi antara  dua organisma dengan kedua duanya mendapat faedah dan parasitisme pula ialah interaksi antara dua organisma dimana satu organisma mendapat faedah dan satu lagi mendapat rugi . Organisma yang mendapat faedah dikenali sebagai parasit manakala organisma yang mendapat rugi dikenali sebagai perumah.
 Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita,Mohd Syazwan . Barulah Saya faham bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis interaksi . Tetapi saya ingin bertanya kepada panel ketiga kita,bolehkah saudara memberi contoh kepada semua interaksi yang disebutkan tadi.Supaya kita semua disini faham dengan lebih lanjut lagi?


Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini, baiklah , seperti yang saudara pengerusi kita minta , saya akan menerangkan contoh kepada semua interaksi organisma. Seperti yang dikatakan tadi , mangsa dan pemangsa merupakan salah satu contoh interaksi hidupan.Contoh mangsa ialah haiwan yang memburu dan memakan haiwan atau hidupan lain yang lebih kecil atau lemah daripadanya seperti Burung helang yang memakan tikus. Interaksi kedua ialah persaingan . Kita semua sedia maklum bahawa maksud persaingan ialah organisma yang saling bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama ? Contohnya , Organisma tersebut bersaing untuk mendapatkan makanan , Bila dua organisma mempunyai sumber makanan dari jenis yang sama dan sumber tersebut pula semakin berkurang , pastinya mereka bersaing untuk mendapatkan sumber tersebut bukan ?  Contoh lain pula ialah , pokok pokok di dalam hutan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan bekalan cahaya matahari.Akhir sekali , sinbiosis . seperti saudara panel kedua terangkan , terdapat tiga jenis simbiosis . Pertama ialah Komensalisme.Contoh interaksi ini ialah ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu intuk memperoleh makanan dan perlindungan . Keduanya pula ialah mutualisme.Contoh bagi interaksi ini pula ialah burung gembala kerbau yang akan mendapatkan makanan dengan memakan  pacat dan kutu yang terdapat pada badan kerbau dan kerbau pula tentunya lebih selesa dan sihat tanpa kutu dan pacat yang menghisap darahnya.Akhir sekali ialah parasitisme.Parasit biasanya lebih kecil dari perumah.Contohnya Cacing pita di dalam usus kecil manusia.

Pengerusi : Panel kita yang ketiga tadi sudi menerangkan apakah contoh contoh bagi setiap interaksi antara hidupan . Sekarang , ingin saya bertanya kepada saudara panel keempat , apakah pula kebaikan kebaikan interaksi ini ? Mungkin rakan rakan yang lain juga tidak ramai yang tahu apakah dia kebaikan interaksi itu sendiri ?
Panel keempat:Sebenarnya tanpa kita sedar , terdapat kebaikan kebaikan yang bukannya untuk sains sahaja tetapi untuk individu itu sendiri.  Bagi individu  , mereka dapat mengetahui  kebesaran Ilahi . Hal ini kerana , apabila mereka kagum dengan haiwan yang tidak dikurniakan oleh Allah s.w.t  akal fikiran tetapi mampu berfikir untuk terus hidup dengan bersandaran antara satu sama lain . Secara tidak langsung , mereka akan tersedar akan kekuasaan Allah s.w.t . Seterusnya mendekatkan diri mereka kepada Snag Pencipta dalam usaha untuk menjadikan mereka orang yang berjaya , bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat

 Pengerusi: Bagus sekali penerangan saudara Syahmi Abdullah itu tadi . Sesungguhnya Sains itu mencakupi Agama Allah sekali kerana Allah yang berkuasa terhadap sekalian makhluknya. Seterusnya , kita jemput panel terakhir kita iaitu Mohd Noor Haziq salim untuk menjelaskan kepentingan Interaksi antara hidupan.
 
Panel Kelima:Terima kasih saudara pengerusi, Antara kepentingan interaksi ialah Mengekalkan keseimbangan dalam alam sekitar iaitu bilangan dan jenis benda hidup dalam alam sekitar sentiasa dikekalkan . Maksudnya disini , apabila Organisma saling berinteraksi ,mereka akan dapat mengekalkan kemandrian spesies  mereka. Selain itu , interaksi juga dapat Mengekalkan kesimbangan kitar oksigen dan karbon .Keadaan ini secara tidak langsung akan mengekalkan bilangan tumbuhan hijau dalam membekalkan  makanan sama ada untuk organisma unisel atau organism Multisel . Saya kira itu sahaja yang saya dapat terangkan.
Panel Pertama: Maafkan saya saudara pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudara.
Panel Pertama: Terima kasih .Selain yang dinyatakan oleh saudara panel kelima tadi,Organisma saling berinteraksi Untuk terus hidup, benda hidup perlu bergantung kepada benda hidup dan persekitaran untuk mendapatkan makanan, tempat perteduhan dan perlindungan. Interaksi ini boleh menjamin keseimbangan ekosistem. Baiklah , nampaknya kita semakin kesuntukan masa . Oleh itu , itulah hujah terakhir saya buat masa ini .
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada kelima-lima ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini.Kesimpulannya , benarlah bahawa interaksi anatara hidupan amatlah penting bagi mengekalkan keseimbangna ekosistem. fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya
Tuailah padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intailah kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,Orang putih, orang Pakistan,Terima kasih syukran jaziilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Kalau korang perasan nama 'Aliif' , aku la tu , takde , sebab aku jadi MC . HAHA , aku tak tau apa perasaan korang bila dapat tau yang korang akan jadi MC. Gila kau , malu , haha . Baik aku jadi ahli panel je !

Kat bawah tu aku mengeddik letak plan kelas aku yang da berubah seratus peratus ! Haha , takde motif langsung aku nak letak bende tu . Warna kuning tu whiteboard ngan tempat cikgu depan sikit , tak muat plak nak lukis . Haha .

p/s:Aku tau lukisan aku buruk , jangan la nak tambah dosa hang pi kutok plak .